Rozita Mohamed Kamarudin
berkelulusan Master dalam Perakaunan dari Universiti Malaya.
Kerjaya sebagai Akauntan di
syarikat pembinaan selama 13 tahun dan 2 tahun memegang jawatan Ketua Pegawai
Kewangan disebuah syarikat korporat sedikit sebanyak membantu beliau dalam visi
dan misi membantu usahawan dari sudut Perakaunan Syarikat, Audit dan
Percukaian.
Bersesuaian dengan kerjaya
sebagai Akauntan, Rozita secara peribadinya adalah seorang yang sangat
terperinci dan tekun dalam membuat kerjanya. Dengan pakej yang ada pada beliau
maka beliau berhjrah dari menjadi seorang pekerja kepada bekerja sendiri demi
untuk berkongsi ilmu yang mampu membantu usahawan dalam mengembangkan
perniagaan mereka.
Penghijrahan beliau telah
membuahkan hasil apabila salah seorang dari kawan beliau (pemilik syarikat
Konsultan Engineering) telah berjaya mendapat tender kerajaan dengan salah satu
syarat utama untuk mendapatkan tender tersebut adalah menyediakan Akaun
Syarikat yang lengkap.
Dengan kejayaan tersebut maka
bermulalah Misi dan Visi beliau untuk melangkah lebih jauh lagi untuk membantu
usahawan-usahawan yang pada pendapat beliau majoritinya mempunyai kepakaran
dalam bidang perniagaan masing-masing.
Rozita juga sekarang sedang
berjinak-jinak dalam bidang penulisan dan menjadi penceramah sebagai salah satu
cabang bagi beliau untuk berkongsi ilmu dengan para usahawan.
VISI
Membawa mentaliti usahawan ke tahap “celik akaun”.
MISI
